Tazkirah

NABI MUHAMMAD SAW
MAKHLUK TERAGUNG
"
Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa. 
Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani. 
Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in. 
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini. 
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw: 
  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
     
  • Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
     
  • Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
     
  • Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
     
  • Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
     
  • Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
     
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
     
  • Wajahnya seperti bulan purnama
     
  • Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
     
  • Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
     
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
     
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
     
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik
     
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
     
  • Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
     
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan
     
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
     
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
     
  • Rambutnya sedikit ikal
     
  • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
     
  • Rambutnya terbelah di tengah
     
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
     
  • Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
     
  • Seimbang antara kedua bahunya
     
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
     
  • Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
     
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
     
  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
     
  • Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
     
  • Warna kulitnya putih tapi sehat
     
  • Kulitnya putih lagi bercahaya
     
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
     
  • Badannya tidak gemuk
     
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
     
  • Perutnya tidak buncit
     
  • Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
     
  • Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. 
                        
MORAL & IKTIBAR 
  • Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
  • Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
  • Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
  • Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
  • Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.




IBLIS CEMBURUI NABI ADAM 
"
Nabi Adam diciptakan Allah di dalam syurga. Di situ Nabi Adam tinggal bersama pasangannya, Hawa. Iblis yang memang membangkang akan kehadiran Adam di syurga menyimpan dendam kesumat yang tidak sudah-sudah untuk menghancurkan kehidupan Nabi Adam. Dia tidak reda mengganggu sehinggalah Adam tersingkir dari Syurga. 
Iblis menunggu-nunggu peluang untuk merosak dan menyesatkan Nabi Adam dan Hawa.  Peluang yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.  Iblis tahu bahawa dia sukar untuk mempengaruhi Nabi Adam. Oleh itu jalan terbaik ialah dengan mempengaruhi Hawa supaya mengikut pujukannya. Jika perangkap ini berhasil, iblis percaya Hawa akan pula mempengaruhi Adam dan akhirnya Adam akan terperangkap.  
Setelah memasang strategi, Iblis tanpa berlengah lagi memulakan perancangannya. Sambil duduk berhampiran pokok khuldi, Iblis pura-pura menangis teresak-esak. Hawa tidak sedar tipu muslihat iblis. Melihat keadaan yang terharu itu, Hawa menjadi kesihan lalu menghampiri Iblis sambil bertanyakan gerangan apa yang ditangisinya. Sang Iblis mula memasang perangkap dengan mengatakan dia menangis kerana bersimpati dengan Adam dan Hawa yang dilarang dari memakan buah khuldi. Katanya jika Adam dan Hawa memakan buah khuldi itu, mereka akan terus kekal di syurga. Tambahan pula rasa buah khuldi itu amat lazat. 
Mendengar kata-kata 'nasihat' itu, Hawa menjadi ragu-ragu dan akhirnya percaya apa yang  didengarnya. Apabila berjumpa Nabi Adam, Hawa dengan gaya memujuk mula merayu agar memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah. Walaupun pada mulanya Nabi Adam takut untuk melanggar larangan Allah, namun setelah berkali-kali dipujuk dengan kata-kata yang lunak, akhirnya mengalah. Mereka berdua menghampiri pokok khuldi dan Hawa terus memetik buah itu lantas memakannya. Perbuatannya diikuti oleh Nabi Adam. 
Sebaik saja mereka memakan buah khuldi, pakaian syurganya mula tanggal. Allah mencela perbuatan mereka. Barulah ketika itu, Nabi Adam sedar akan ketelanjurannya melanggar perintah Allah. Mereka berdua menyesal dan bertaubat tidak akan melanggar lagi perintah Allah. Permohonan Nabi Adam diterima Allah namun harapannya untuk terus tinggal di syurga hancur. Allah memerintahkan mereka berdua turun dari syurga yang penuh dengan segala kenikmatan ke bumi yang penuh dengan kepayahan dan kesusahan. 
Bermula dari detik inilah, maka wujudnya generasi Adam hinggalah ke hari ini. Kita adalah dari keturunan Nabi Adam. Kita dihidupkan di dunia buat sementara waktu untuk diuji siapa di antara kita yang baik amalannya. Sekiranya kita lulus ujian ini, kita akan dikembalikan semula ke syurga. Sebaliknya jika gagal mematuhi perintah Allah, kita akan dicampakkan ke dalam neraka yang penuh dengan azab.  
Sebagai penutup, sama-samalah kita muhasabah diri kita sejauh manakah kita menjalani liku-liku hidup ini. Adakah kita berjaya di dalam ujian ini atau sebaliknya? Tidak ada daya dan kuasa mematuhi perintahNya kecuali dengan pertolongan Allah. Sama-samalah kita bermohon semoga kita sentiasa di dalam pemeliharaanNya. Amin.. 
 
 
MORAL & IKTIBAR
  • Manusia termasuk diri kita adalah dari keturunan Nabi Adam.
  • Kita adalah sebaik-baik makhluk yang dijadikan Allah sehingga dicemburui oleh Iblis
  • Iblis adalah musuh kita yang nyata. Dia tidak akan leka walau seminit untuk menyesatkan kaum manusia sebagaimana dia telah menyesatkan datuk dan nenek kita dahulu.
  • Iblis telah berjanji sejak azali lagi untuk memesongkan manusia dari aqidah sebenar yang dibawa oleh agama Islam.
  • Sifat dendam, hasad dan dengki adalah sifat syaitan yang sepatutnya kita jauhi
  • Syaitan mempunyai strategi yang amat halus untuk mengalahkan manusia. Mereka tidak ada kerja lain kecuali memasang perangkap yang sangat sesuai dengan diri dan nafsu kita. Oleh sebab kita yang sememangnya sibuk dengan urusan dunia dan kehidupannya terlupa akan musuh yang siap sedia memerhati kelemahan kita supaya dapat ditipunya. 
  • Manusia harus siap-siaga melawan pengaruh dan tipu-helah syaitan kerana dia nampak kita tetapi kita tidak dapat melihatnya. Kebiasaannya orang yang nampak musuhnya amat senang mengalahkannya tetapi kita yang tidak dapat melihatnya memang sukar menepis pukulannya. Sungguhpun begitu kita mempunyai senjata yang amat berkesan iaitu mengingati dan menyerah diri kepada Allah yang menjadikan kita dan juga dia.
  • Perempuan adalah dari golongan lemah yang mudah ditawan oleh syaitan. Semasa Nabi Muhammad saw mikraj ke langit, Allah memperlihatkan ramai penghuni neraka adalah dari kaum perempuan.
  • Berjaga-jaga dengan kaum perempuan kerana mereka mempunyai potensi untuk merosakkan kehidupan kaum lelaki. Kaum lelaki yang menjadi ketua kaum wanita mesti menjaga mereka sebaiknya supaya mereka tidak menjadi perosak masyarakat dan kemanusiaan amnya.
  • Tempat asal manusia ialah syurga. Oleh itu perlulah kita berusaha supaya dapat kembali ke tanah asal kita di sana.
  • Peristiwa yang dialami oleh Adam dan Hawa sebenarnya adalah satu sebab yang Allah jadikan supaya generasi manusia berkembang dan membiak di muka bumi ini. Tujuannya tidak lain hanya untuk menjalani satu hukuman dan melihat sejauh manakah kita menginsafi diri dalam menjalani proses pengabdian kepada Allah.
  • Pujukan manis dari sesiapa saja sepatutnya jangan diterima dengan senang hati kerana kemungkinan ada udang di sebalik batu.
  • Kemungkinan sekali orang yang merosakkan diri kita ialah terdiri daripada mereka yang hampir dengan diri kita iaitu isteri dan anak-anak.
  • Manusia mudah lupa kepada musuhnya iaitu iblis tapi iblis dan syaitan tidak pernah melupai kita.
  • Sekiranya kita sesat di hujung jalan, kita masih berpeluang untuk balik ke pangkal jalan. Selagi nyawa belum sampai di khalqum, kita masih boleh bertaubat. Insyallah taubat kita akan diterima Allah jika benar-benar kita insaf dan tidak mahu mengulangi kesalahan tersebut.


SEMERBAK IMAN MASYITA

"
Bercakap  fasal iman, saban tahun kita mendengar peristiwa 'israk dan mikraj' khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir rambut anak Firaun.
Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan  memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. 
Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati  kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan.  Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.
Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?"
"Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."
Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.
Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.
Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.
Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya. 
Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.

Awas! Mana-mana pemimpin yang bongkak dan mengaku kehebatannya sebagai pemimpin, takbur, sombong dan berlagak sebagai superman yang kuku besi, nyatalah ciri-ciri Firaun yang terkutuk itu sudah diwarisinya. Nauzubillah!





MORAL & IKTIBAR
  • Orang yang mengorbankan jiwa dan raganya demi menegakkan kebenaran diberikan kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
  • Bukan lelaki saja yang mempunyai semangat yang kental dan tinggi dalam memperjuangkan kebenaran. Golongan wanita yang dianggap kaum yang lemah juga mempunyai keberanian dengan izin Allah
  • Allah menetapkan hati hamba yang mencari keredhaanNya sehingga seorang bayi mampu bercakap dalam usia yang paling muda. Anak Masyita adalah salah seorang bayi yang boleh bercakap semasa kecil lagi. Contoh lain ialah anak Siti Mariam yang menafikan ibunya melahirkan anak haram.
  • Orang yang Allah tidak kehendaki keimanannya dibiarkan mereka hidup dalam kezaliman sehingga menyangka keburukan sebagai kebaikan dan kebaikan pula dipandang sebagai kejahatan.
  • Manusia jangan menyangka mereka mudah saja dibalas dengan syurga selagi tidak diduga dengan pelbagai musibah dan kesusahan. 
  • Dunia adalah tempat bersusah-payah, manakala akhirat ialah tempat kesenangan abadi.
  • Prinsip dan pegangan hidup orang tua-tua, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" seharusnya dijadikan pedoman hidup bagi kita.
  • Manusia yang senang kehidupannya tanpa diduga oleh Allah belum lagi diiktiraf keselamatannya di akhirat
  • Kesenangan di dunia belum boleh dijadikan bukti sebagai tanda Allah menyayangi mereka.  Begitu juga kesusahan di dunia bukan menjadi bukti bahawa Allah membenci mereka.
  • Kesenangan di dunia bukan menjadi kayu pengukur kepada kesenangan di akhirat. Kesusahan di dunia pula bukan menjadi kayu pengukur kepada kesusahan di akhirat. 

-----------------------------------------------------------------


KERBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHR

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s. a. w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s. w. t.
(harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s. w. t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s. w. t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba Tiupan 11 - Hancur Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat Ayat 82 - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut Baca pada air
100x) Dan berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:

Buah Zaiton - Elok untuk kulit Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga) Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahualam.

-----------------------------------------------------------------

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

----------------------------------------------------------------------
--

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

* Yasin is the jantung of Al-Quran
* Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
* Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
* Child is sick
* Feeling troubled.
* Memudahkan urusan
* Memudahkan perjalanan
* As selusoh (to ease pain when giving birth)
* Read Yasin 3x over water
* Read 3 Qul (three times each)
* Fatihah
* Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran 10x
* Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 - "Wajaalna... ."

* Lindungi rumah dari pencuri * baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah.
* Lindungi diri dari dianiaya
* Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
* Baca Ayat 9
* Fatihah
* Read 3 Qul (three times each)
* Ayat Kursi

Ayat 29 - "In kanat illa... ."
* Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - "subhanallazi.."
* Untuk cari jodoh
* Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
* Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - "Salamun... "
* Jika sakit anggota
* Tak tenang hati
* Baca 7 x dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 - "Falayahzun.."
* Bila rasa sedih
* Untuk menenangkan hati
* Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya... "
* Tulang patah
* Sakit sendi
* Sakit lutut

Ayat 82 - "Innama amruhu.."
* Jika mandul
* Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

Dry method
* Sembahyang tahjud
* Sembahyang hajat
* Doa minta hajat
* Baca ayat 100 x dengan yakin
* Amalkan 41 malam

Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
* Seperti di atas
* Bila baca ayat, tiup dalam air
* Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan/minum benda lain
* Doa sambil minum
* Untuk 41 pagi

Wallahualam.

yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:

Ilmu Pertanian Ilmu Falak Ilmu Laut Ilmu Kiamat Ilmu Ciptaan Manusia Ilmu Binatang Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12)
2 sebab kenapa kita perlu baca agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok lusa kita akan menyusul jua.


SaYanGiLaH DiRi AnDa SeBeLuM AnDa MenYaYanGi DiRi OrG LaiN... :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...