Khamis, 27 Januari 2011

Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18) 


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab: 


"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu: 


BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 


BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..." 


BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.." 


BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.." 


BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 


BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.." 


BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..." 


BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.." 


BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 


BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.." 


BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 


BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..." 

Ketahuilah Mengenai Hati Kita

Dalam diri anak Adam ada seketul daging, jika ia baik, baiklah
seluruhnya dan jika ia jahat, jahatlah seluruh anggotanya,
ketahuilah ia adalah hati." (Bukhari dan Muslim)


Hati ibarat sumber segala sesuatu. Jika ia baik, maka baiklah segala yang dilakukannya, jika ia buruk, buruklah segala yang dilakukannya. Ia adalah tempat yang akan dinilai oleh Allah SWT disebalik amal-
amal kebaikan atau keburukan seseorang hamba. Allah mencintai hati yang bersih, hati yang sentiasa merendah diri, hati yang ikhlas, hati yang gementar, hati yang cinta, hati yang sentiasa mengharapkan keampunan dan pengharapan kepada-Nya.

Nilaian manusia terletak pada apa yang dilakukannya, tetapi nilaian Allah terhadap apa yang tersembunyi dalam hatinya. Ada manusia yang banyak beramal lalu ia dipandang tinggi oleh manusia. Ke mana ia pergi, nama dan amalnya atau kejayaannya sentiasa menjadi sebutan orang ramai. Tetapi di sisi Allah, ia tiada nilai sedikitpun malah lebih hina dari seekor anjing kerana amalnya tiada keikhlasan. Ada manusia yang amalnya sedikit atau kecil pada pandangan manusia, atau
mungkin tiada siapa yang memandangnya, tetapi nilainya tinggi di
sisi Allah SWT disebabkan keikhlasannya.

Di akhirat nanti, seluruh manusia akan berhadapan dengan Allah SWT sama ada ia ulama, para syahid, para hafiz, para ahli ibadah, para dermawan dan sebagainya untuk diperiksa hati mereka. Demi Allah, amat jahil dan butalah seseorang itu jika ia menganggap persoalan hati adalah kecil sedangkan di akhirat nanti ia adalah perkara utama yang menjadi nilaian Allah SWT.

Imam Nawawi rahimahuLlah dalam menyusun kitab Hadis 40 telah
meletakkan hadis yang berkaitan dengan niat sebagai hadis pertama. Syirik atau menyengutukan Allah dalam amal melambangkan ia tiada adab dengan Allah SWT, melambangkan hatinya tidak bersih. Mereka yang tiada ilmu dalam perjalanan nafsunya amat mudah tertipu.

Ramai manusia yang beribadah, tetapi menjadikan mereka makin jauh
dari Tuhan. Kerana ibadahnya dimasuki `ujub, takabur atau
riya'. Ramai yang menasihati orang lain kepada kebaikan tetapi malangnya mereka menjadi manusia yang amat dimurkai Tuhan, kerana mereka sendiri tidak melakukan apa yang dicakapkan. Ramai orang yang diberi
kekayaan dan menyangka itu adalah nikmat, padahal ia adalah istidraj untuk memusnahkan dirinya apabila harta tadi melalaikannya dengan Allah SWT. Banyaknya ibadah dan amal bukannya menjadi nilai lagi di sisi Allah, tapi keikhlasanlah yang menjadi ukurannya.

Awasilah Syaitan dan Nafsu
Demi Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kehidupan yang
panjang ini, amat bahaya dalam mengabdikan diri pada Allah SWT.
Syaitan sebagai musuh utama tidak akan membiarkan manusia dalam
kebaikan, tidak akan membiarkan ibadah sampai ke langit. Syaitan
tidak menyerang manusia pada mata, telinga, kaki atau tangan tetapi ia melakukan serangan di tempat yang utama iaitu hati. Serangan yang dilakukan amat halus dengan pelbagai tipu daya sehingga ramai yang tidak menyedarinya. Ia mempunyai penolong yang setia yang berada dalam diri anak Adam iaitu nafsu ammarah.

Perjalanan yang panjang inilah yang memberi peluang bagi syaitan
untuk menghilangkan kebaikan yang kita lakukan. Ia mahu segala amal soleh menjadi hancur. Kita dapat perhatikan bagaimana bijak dan jahatnya syaitan dalam membawa manusia bersamanya ke neraka.
Lihatlah kepada mereka yang dahulunya hebat dengan dakwah sama ada di kampus atau ketika muda, apabila kahwin mereka hilang entah ke mana. Ada yang kuat ibadahnya tetapi apabila bekerja, menjadi manusia yang lalai. Ramai yang ikhlas berniaga, awalnya diniatkan untuk membantu agama dan orang miskin jika berjaya, namun apabila berjaya mereka lupa malah menjadi orang yang sombong dan bakhil. Ada kumpulan yang begitu tinggi ukhuwwahnya di kalangan ahli, makan bersama, berpelukan bila bertemu, tetapi akhirnya menjadi musuh yang ketat.

Syaitan menggunakan senjata yang paling ampuh iaitu elemen keluarga,
harta, pangkat, wanita dan senjata dalam diri manusia seperti sifat ego, dengki, cinta dunia, marah, dendam, taksub, suka berdebat, suka berehat, jemu dan sebagainya untuk melalaikan manusia dari Allah SWT. Apa yang malangnya, banyak amal yang dilakukan menjadi hancur apabila syaitan berjaya memasukkan jarum ujub, riya' dan sombong. Begitu juga dengan orang yang separuh abad usianya diabdikan pada dakwah, namun apabila usia di hujung senja, ia menjadi manusia biasa. Ruhnya menghadap Tuhan bukan sebagai seorang yang berjuang fisabiliLlah, tetapi sebagai seorang doktor, usahawan, guru atau pegawai kerajaan. Alangkah ruginya kehidupan, alangkah ruginya usia
dan masa.

Ada orang yang bila perniagaannya menghadapi masalah, dia
mengundurkan diri dan lupakan Tuhan, meninggalkan amal dan dakwah. Kenapa ianya berlaku? Tidakkah ia merasa rugi sedangkan ganjaran dan kemuliaan mereka yang berada di medan dakwah sangat tinggi di sisi Allah SWT. Sedangkan ia juga mempunyai ilmu, bahkan ayat Al-Quran
dan Hadis yang menerangkan kelebihan dakwah dihafalnya dengan fasih. Ia juga sentiasa memperingatkan diri tentang bahaya tipu daya syaitan dan nafsu. Persoalannya apa lagi yang tiada pada dirinya sehingga ia hanyut, syaitan yang dimusuhi menjadi teman sejati, budaya hidup yang lalai menjadi suatu keseronokan, dakwah yang menjadi agenda utama menjadi perkara yang membosankan, sahabat yang dicintai kerana Allah menjadi sahabat yang ingin dijauhinya.

Sifat warna aura secara umum

* Ungu - menunjukkan tingkat spirituil


* Biru - spirituil dan telepati yang baik


* Biru laut - keupayaan tinggi untuk mempengaruhi orang lain


* Hijau - menenangkan


* Kuning - periang


* Oren - hebat, luar biasa dan unik


* Merah - materialistik, gagah, berfikiran negatif


* Merah jambu - penyayang


* Coklat - tidak stabil, spirituil negatif


* Kelabu - murung, punyai sisi gelap dalam hidup


* Belerang - tidak sihat, pemarah


* Putih - penyakit serius.


Aura dapat menjadi lemah sekiranya:


* Kurang bersenam


* Merokok


* Kurang rehat


* Udara yang tidak bersih


* Tekanan


* Pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah


* Perasaan negatif seperti iri hati, cemburu, dengki, suka mengadu-domba, mengumpat, mengutuk dan lain-lain. 


Tip memulihkan aura


* Berfikiran positif


* Mandi di bawah aliran air terjun atau pergi ke kawasan yang penuh kehijauan bagi mengeluarkan tekanan.


* Jangan sesekali membawa balik masalah terus ke rumah. Seelok-eloknya, berhenti dahulu di mana-mana untuk berehat lebih kurang dalam 10 minit.


Cuba tukar tenaga negatif kepada positif. Rancangkan apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di rumah sampai esok pagi. 


* Mandi dengan kerap. Mulakan dari kaki ke atas untuk membuang panas di dalam badan. 


Semasa mandi, fikirkan hal-hal yang positif sahaja kerana air boleh merakam apa sahaja yang difikirkan.


* Ajar diri banyakkan bertenang kerana secara tidak langsung ia dapat menghindari mudah dimasuki aura negatif


* Banyakkan minum air putih.

10 LANGKAH BENTUK KEYAKINAN DIRI

10 LANGKAH BENTUK KEYAKINAN DIRI

·        ANGGAPLAH diri anda yang diciptakan Allah sama seperti orang lain.

·        SELALULAH berfikir jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh?

·        KENALPASTI kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

·        JANGAN takut atau teragak-agak melakukan sesuatu yang positif.

·        ELAK perasaan malu yang tidak bertempat.

·        LAKUKAN riadah ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.

·        SERING berpenampilan kemas dan anggap diri anda adalah terbaik pada hari itu.

·        APABILA berinteraksi, pandang tepat kemuka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

·        APABILA memulakan sesuatu tugas jangan berfikir mengenai masalah, tetapi fikirkan apa hasil yang akan diperolehi selepas melakukan tugas itu.

·        SENTIASA peka dengan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Siapakah makcik tu????

salam di sini aku nak kongsi 1 cerita ini kisah benar mengenai seorang makcik dan bersama-sama budak kecil yang aku jumpe tempoh hari, hari dan tarikh nye aku dah lupe tapi mase tu suasana gelap pasal lepas maghrib,sebelum aku terjumpe diaorang,aku dari sungai besi lepas hantar bos aku balik rumah, sampainya di hadapan kedai medan semarak kl nie,aku singgah jap nak beli air pasal dahaga mula-mula nye aku tak perasan diaorang, pasal diaorang dari tepi pagar seberang jalan sana dan tengah tolak troley pasar,aku ingat kan dia nak pergi kedai semarak tu,jadi aku pun buat bodoh jela kan,tapi selepas aku keluar dari kedai tu aku tengok makcik tu masih ada kat tempat yang sama sambil bongkok macam mencari sesuatu, jadi aku pun tunggu kejap nak tengok gelagat dia ape yang aku tengok makcik sedang menangis sambil kesat air mata dia dengan tudung nye,jadi membuat aku tersentuh akhirnya aku menangis sambil berkata di mana anak-anak dia sanggup buat mak dia macam tu,pada masa yang sama juga terlintas dalam hati aku jika makcik tu lintas jalan dekat gan aku,aku akan sedekah duit pada dia,selepas saje aku cakap dalam hati macam tu tetibe saje makcik tu lintas jalan mase tu air mate aku dah menitis laju jadi aku cover sikit takut orang lain nampak malu la aku hehehehe, selepaqs dia lintas aku terus ikut dia sampai dekat penhujung medan semarak,lalu aku pun panggil makcik tu,aku pun sedekah kat dia walaupun mase tu duit aku ade la sikit,mula-mule nye dia menolak, tapi aku paksa dia terima juga,lalu makcik tu pun amik la duit tu, dia pun ucap terima kasih,tapi mase tu aku dah kesat air mate jangan bagi dia nampak,semase aku tengah hulur duit kat makcik tu tangan aku tersentuh kulit tangan dia, ape yang aku rase tapak tangan dia YaAllah lembut dan sejuk,aku pun tak terfikir ape-ape mase tu,mungkin dah malam pasal tu tangan dia sejuk je,lepas adegan semua tu dah habis aku pun terus balik rumah dalam perjalanan balik sumpah seranah aku pada anak-anak dia kerana abaikan tanggungjawab untuk jaga mak dia,membiarkan mak dia kutip sampah-sampah tepi jalan untuk menyara hidupnye ade ke patut anak jadi macam tu aishhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! hmmm takpela selepas 2 3 hari baru-baru ini pada waktu siang pada tempat yang sama,terfikir pulak aku nak tengok ape yang makcik tu amik,alangkah terkejut nye aku bila aku tengok kat situ semua longkang ade besi jarang yang rapat-rapat,semua penutup longkang tu di welding dengan rapi,mana mampu makcik tua tu nak angkat semua bende macam tu pasal besi longkang tu di welding baik punyeeeee....lantas aku terfikir siape kah makcik dan budak kecil yang tengah tolak troley di waktu malam tempoh hari???? aku pernah tunggu kot-kot ada makcik dan budak tu tapi hampe memang takde sampai sekarang selepas peristiwa tu lagi pun pasaraya mana yang nak bagi bawe balik troley dia,cari bangla kejar gan kayu???????aku harap makcik dan budak kecil tu berada dalam keadaan yang sihat dan selamat semoga anda di Rahmati oleh Allah Taala Amin......SIAPAKAH MEREKA ITU??????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...