Khamis, 27 Januari 2011

10 LANGKAH BENTUK KEYAKINAN DIRI

10 LANGKAH BENTUK KEYAKINAN DIRI

·        ANGGAPLAH diri anda yang diciptakan Allah sama seperti orang lain.

·        SELALULAH berfikir jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh?

·        KENALPASTI kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

·        JANGAN takut atau teragak-agak melakukan sesuatu yang positif.

·        ELAK perasaan malu yang tidak bertempat.

·        LAKUKAN riadah ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.

·        SERING berpenampilan kemas dan anggap diri anda adalah terbaik pada hari itu.

·        APABILA berinteraksi, pandang tepat kemuka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

·        APABILA memulakan sesuatu tugas jangan berfikir mengenai masalah, tetapi fikirkan apa hasil yang akan diperolehi selepas melakukan tugas itu.

·        SENTIASA peka dengan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...